Jumaat, 12 Oktober 2012

POKOK AT-ATI


Pokok At-ati ni bagiku adalah sejenis pokok hiasan yang paling senang di tanam. Pokok ati-ati juga dikategorikan sebagai herba saka. Mempunyai batang yang lembut dan boleh mencapai ketinggian satu meter. Daunnya mempunyai pelbagai bentuk seperti bentuk hati, bergerigi dan dan berbelang hijau di tepi sementara dibahagian tengahnya berwarna merah dan corak yang menarik dengan pelabagai campuran warna seakan warna pelangi.  Sesuai dengan nama jolokannya 'pokok pelangi'.
Bunganya cantik bersaiz kecil berwarna unggu tumbuh dalam gugusan.

Medium Tanaman:
Medium yang sesuai ialah di mana air senang mengalir keluar. Campuran yang disyorkan ialah nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Tanah gambut atau baja kandang : Pasir sungai).

Pencahayaan:
Letak aje pokoknya di bawah cahaya matahari terik untuk mendapatkan corak dan warna daunnya yang terang dan menarik. Jika di tempat yang teduh, warna daun menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak dan menarik  daunnya.

Penyiraman:
Perlu banyak siraman air untuknya cepat membesar dan menegluarkan warna yang terang dan menarik. Siram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang pada hari panas kerana ia cepat layu jika medium kering. Siram apabila perlu sahaja pada hari siang.


Pembajaan:
Baja kandang dalam campuran medium hanya dapat membekalkan nutrien selama lebih kurang tiga bulan sahaja. Selepas itu anda perlu membaja semula dengan menggunakan baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang diproses atau baja cecair atau garam larutan yang boleh dicampurkan ke dalam siraman air. Berhati-hati jika menggunakan baja bijian kerana pokok ini akan melecur jika terkena daunnya.

Pembiakan :
1) Biji Benih F1
2) Keratan Batang
3) Lenturan ranting

Idea Pameran:
Cantik di tanam dalam pasu sebagai pokok spesimen. Ia juga sesuai di tanam di atas tanah sebagai pokok border atau sempadan. Ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok di dalam gubahan taman hiasan.

Tips:
1) Rebahkan batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan banyak rating.
2) Potong pucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan merimbunkan pokok.
3) Potong bunganya bagi pertumbuhan yang lebih sihat dan cantik.

Buat masa ini terdapat hanya 10 jenis sahaja koleksi Pokok Ati-ati dalam simpananku. Harganya hanya RM2 sahaja satu 'cutting' yang dah berakar. Tetapi sekiranya satu polibag harganya RM6-RM8 satu. Harga untuk satu pasu yang dah siap bertanah saiz kecil RM15, saiz sederhana RM20 dan saiz besar RM35.
Berminat boleh datang sendiri ke tempat kami atau kalau online hanya cutting melebihi 5 ke atas + kos pos laju.
Berminat email ke: put3bulan@gmail.com


11 ulasan:

  1. Salam. Masih adakah 10 jenis koleksi pokok ati-ati ni? Saya berminat hendak membeli dalam polibag setiap satu.

    BalasPadam
  2. Asalammualaikum Puan, sy nak tumpang bertanya, berapakah ketinggian standard coleus untuk di eksport sebagai cut flowers?

    BalasPadam
  3. Salam, kalau sy nak beli benih pokok ati2 masih ade lagi tak... kalau ade boleh whatapp no sy, 0129666581... terima kasih..

    BalasPadam
  4. Salam, kalau sy nak beli benih pokok ati2 masih ade lagi tak... kalau ade boleh whatapp no sy, 0129666581... terima kasih..

    BalasPadam
  5. Salm, nak beli juga. Bagaimana caranya?

    BalasPadam
  6. Saya nak beli...tlg reply wasp yea 0146247752

    BalasPadam
  7. Msh ada poko ati2..blh wssp sya 01156946233

    BalasPadam
  8. Salam, saya berminat utk dapatkan 'cutting'

    BalasPadam

Apa pendapat anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...