Memaparkan catatan dengan label Baja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baja. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2025

Baja Dari Dapur

 1. Air cucian ikan dan limau. Siram kat pokok. Tapi awas, semut gatal pula berminat.

2. Air basuhan beras simpan dalam baldi besar. Biarkan dalam seminggu dua. Kulit telur pula biarkan dijemur dalam 3 minggu atau hingga kering. Agar senang untuk dipecahkan sedia ramas-ramas atau masukkan ke dalam plastik kemudian pijak sampai jadi serbuk. Siram air beras kemudian tabur serbuk kulit telur. Buat seminggu dua atau tiga kali. Siram pada waktu pagi sebolehnya sebelum matahari meninggi. Dan lihatlah hasilnya pada tanaman anda.

3. Kulit telur dibasuh bersih, jemur sampai kering. Lepas tu tumbuk halus jadikan serbuk. Serbuk ini kaya dengan kalsium, bagus untuk kuatka batang dan kurangkan gugur bunga. Tabur disekeliling pokok.

4. Kulit pisang dipotong kecil-kecil, jemur kering atau diblend. Kulit pisang paya kalium dan fosforus, penting untuk pembentukan bunga dan buah. Tabur sekeliling pokok.

5. Campuran serbuk kulit telur dan kulit pisang membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebih banyak. Sesuai untuk cili, tomato, terung dan pokok buah lain.

6. Untuk jadikan baja air, guna kulit pisang, direndam 3-5 hari. Tapis dan siram pokok seminggu sekali.

7. Kulit telur + kulit pisang + serbuk kopi diblender dan campur air. Tapis dan siram pada pokok orkid. Orkid yang malas berbunga keluar bunga. Pokok cili pun berbuah lebat.

Sabtu, 10 Jun 2023

Petua: Baja Kulit Telur

 


Setiap hari kita masak telur, kulitnya pasti kita buang ke dalam tong sampah. Tahukah anda kulit telur boleh dijadikan baja untuk tanaman kita.

Antara kelebihan baja kulit telur adalah :

  1. Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
  2. Kalsium penting untuk membina 'tulang' yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
  3. Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
  4. Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.
Ikutilah langkah-langkah cara membuat baja di bawah :

1. Simpan Kulit Telur 
Selepas kita gunakan telur, kumpulkan kulit telur dalam satu bekas/ tempat.

2. Ramas dan Hancurkan  

Kita ramaskan-ramaskan kulit telur sehingga hancur.

3. Sangai

Selepas di ramas-ramas, masukan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan. Goreng sangai tanpa minyak.

4. Kisar
Selepas digoreng, kisar sehingga halus. 
Sekiranya ada yang kata nanti blender berbau lepas kisar kulit telur boleh guna petua kisar beras sehingga halus, lepas tu bilas dengan air suam. Insya-Allah akan hilang bau hanyir tu. 
Kisar kulit telur dalam blender juga sebenarnya membantu menajamkan lagi mata blender tu.

5. Tabur dan Gembur

Taburkan pada pokok. Selepas ditaburkan serbuk kulit telur, gemburkan tanah. 

Kemudian siramkan dengan air pokok tersebut.

6. Kulit telur dan Cuka

Kulit telur jemur kering dan dihancurkan jadi serbuk. Ambil satu sudu masukkan dalam bekas dan campurkan 10ml cuka makan dan biarkan ia berbuih. Bila dah hilang buih baru ambil air bncuhan tersebut.

Kulit telur yang dicampur dengan cuka, akan berbuih sebab kalsium sedang larut. Hasilnya terbentuk larutan kalsium organik yang boleh :

i- Mengelak buah busuk hujung (contoh cili dan tomato)

ii- Kuatkan batang & daun supaya pokok lebih sihat.

Cara-caranya:

Ambil 10-20ml larutan tadi, campur dengan 1 liter air.

Sembur pada daun atau siram pangkal pokok seminggu sekali. 

7. Kulit telur, Kulit bawang  putih/merah dan air cucian beras

Rendam semua bahan ini sekejap atau lebih sejam dan ambil airnya untuk siram ke tanaman. Hasilnya tanaman akan segar meriah. Selain itu bekas yang kita guna untuk garam kunyit ikan atau ayam tu boleh dibilas airnya dan simpan. Air tu dicampur ke dalam air beras. Jirus ke tanaman.

Itu sahaja caranya. Senang ajekan.

Lepas ni sekiranya memasak kat dapur tu guna telur, kulitnya simpanlah untuk dijadikan baja.

Manafaatkanlah pada tanaman dan tengoklah hasilnya nanti. 


Jumaat, 5 November 2021

Cara Buat EM1 di rumah

 Buat sendiri EM1 di rumah.

EM1 homemade - Jimat dan berkesan. Rasai sendiri tanah lebih subur, pokok lebih segar, hasil lebih lebat.

Air cucian beras + susu segar  (nisbah 1:10) = EM (Lactobacillus)

Tambah gula merah = EM1 homemade

dari EM1 digandakan = EMA

Cara buat EM1:

Campur 1 bahagian air cucian beras (diperam 3-5 hari) + 10 bahagian susu segar.

Peram selama 14 hari sehingga curd terbentuk. (Curd adalah susu basi)

Tapis curd, tambah gula merah 1:1 maka siaplah EM1.

Cara Penggunaan EM1:

Penyiraman Tanag : 10-20ml EM1 + 1 iter air, siram di pangkal pokok 1-2 minggu sekali.

Untuk Spray pada daun : 10-20ml EM1 + 1 liter air spray ringan pada daun, elak pada masa panas.

Fermentasi Kompos: 50-100ml EM1 + 1 liter air untuk 10kg bahan organik.

Tips:

Tak perlu banyak-banyak, sedikit pun sudah cukup untuk aktifkan mikrob dan tanah subur.

Simpan lebihan di tempat sejuk dan gelap. Goncang sebelum guna.

Cara buat EMA (Effective Microorganism Activated):

1. Ambil satu bahagian EM1 homemade.

2. Campur dengan 1 bahagian gula merah cair.

3. Tambah 20 bahagia air bersih tanpa klorin. (Cara nak hilangkan klorin biarkan air paip terdedah lebih 24 jam)

4. Simpan dalam botol atau tong dengan isian 2/3 bertujuan untuk memberi ruang kepada gas yang terhasil semasa proses.

5. Tutup longgar sahaja tong tersebut supaya gas boleh keluar. Peram selama 5-7 hari di tempat teduh.

6. Bila ada bau masam manis dan ada sedikit gas menandakan EMA sudah siap.

Cara Guna:

1. Ambil 10-20ml EMA dicampur dengan 1 liter air dan sembur pada daun.

2. Untuk siraman pada tanah : 50ml EMA dicampur dengan 10 liter air.

3. Untuk memeprcepatkan pereputan kompos, percik sedikit EMA 

Hasilnya:

  • Tanah lebih hidup
  • Pokok lebih sihat 
  • Buah lebih lebat
Tarikh Luput:
Selepas setahun berkemungkinan bakteria baik dalam EM telah mati atau lemah. Mungkin jadi kurang berkesan kalau digunakan pada tanaman. Jadi lebih baik buat baru supaya hasil fermentasi segar dan kuat.

Beza :
EM1 = induk (EM1 original boleh berthan 1-2 tahun. Tapi kalau sudah aktif (EMA) biasanya 3-6 bulan sahaja.
EM2  = Stok simpan
EM3 = Untuk kebun
EM4 = Fomulasi dah dikomersial

Sisa dapur yang sudah diperam lebih 2 tahun jadi enzim / kompos cair sahaja. Mikrob asal sudah lemah. Masih boleh diguna sebagai baja siraman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...