Sabtu, 10 Jun 2023

Petua: Baja Kulit Telur

 


Setiap hari kita masak telur, kulitnya pasti kita buang ke dalam tong sampah. Tahukah anda kulit telur boleh dijadikan baja untuk tanaman kita.

Antara kelebihan baja kulit telur adalah :

  1. Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
  2. Kalsium penting untuk membina 'tulang' yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
  3. Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
  4. Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.
Ikutilah langkah-langkah cara membuat baja di bawah :

1. Simpan Kulit Telur 
Selepas kita gunakan telur, kumpulkan kulit telur dalam satu bekas/ tempat.

2. Ramas dan Hancurkan  

Kita ramaskan-ramaskan kulit telur sehingga hancur.

3. Sangai

Selepas di ramas-ramas, masukan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan. Goreng sangai tanpa minyak.

4. Kisar
Selepas digoreng, kisar sehingga halus. 
Sekiranya ada yang kata nanti blender berbau lepas kisar kulit telur boleh guna petua kisar beras sehingga halus, lepas tu bilas dengan air suam. Insya-Allah akan hilang bau hanyir tu. 
Kisar kulit telur dalam blender juga sebenarnya membantu menajamkan lagi mata blender tu.

5. Tabur dan Gembur

Taburkan pada pokok. Selepas ditaburkan serbuk kulit telur, gemburkan tanah. 

Kemudian siramkan dengan air pokok tersebut.

Itu sahaja caranya. Senang ajekan.

Lepas ni sekiranya memasak kat dapur tu guna telur, kulitnya simpanlah untuk dijadikan baja.

Manafaatkanlah pada tanaman dan tengoklah hasilnya nanti. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...