Memaparkan catatan dengan label Baja dari dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baja dari dapur. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2025

Baja Dari Dapur

 1. Air cucian ikan dan limau. Siram kat pokok. Tapi awas, semut gatal pula berminat.

2. Air basuhan beras simpan dalam baldi besar. Biarkan dalam seminggu dua. Kulit telur pula biarkan dijemur dalam 3 minggu atau hingga kering. Agar senang untuk dipecahkan sedia ramas-ramas atau masukkan ke dalam plastik kemudian pijak sampai jadi serbuk. Siram air beras kemudian tabur serbuk kulit telur. Buat seminggu dua atau tiga kali. Siram pada waktu pagi sebolehnya sebelum matahari meninggi. Dan lihatlah hasilnya pada tanaman anda.

3. Kulit telur dibasuh bersih, jemur sampai kering. Lepas tu tumbuk halus jadikan serbuk. Serbuk ini kaya dengan kalsium, bagus untuk kuatka batang dan kurangkan gugur bunga. Tabur disekeliling pokok.

4. Kulit pisang dipotong kecil-kecil, jemur kering atau diblend. Kulit pisang paya kalium dan fosforus, penting untuk pembentukan bunga dan buah. Tabur sekeliling pokok.

5. Campuran serbuk kulit telur dan kulit pisang membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebih banyak. Sesuai untuk cili, tomato, terung dan pokok buah lain.

6. Untuk jadikan baja air, guna kulit pisang, direndam 3-5 hari. Tapis dan siram pokok seminggu sekali.

7. Kulit telur + kulit pisang + serbuk kopi diblender dan campur air. Tapis dan siram pada pokok orkid. Orkid yang malas berbunga keluar bunga. Pokok cili pun berbuah lebat.

Jumaat, 5 November 2021

Cara Buat EM1 di rumah

 Buat sendiri EM1 di rumah.

EM1 homemade - Jimat dan berkesan. Rasai sendiri tanah lebih subur, pokok lebih segar, hasil lebih lebat.

Air cucian beras + susu segar  (nisbah 1:10) = EM (Lactobacillus)

Tambah gula merah = EM1 homemade

dari EM1 digandakan = EMA

Cara buat EM1:

Campur 1 bahagian air cucian beras (diperam 3-5 hari) + 10 bahagian susu segar.

Peram selama 14 hari sehingga curd terbentuk. (Curd adalah susu basi)

Tapis curd, tambah gula merah 1:1 maka siaplah EM1.

Cara Penggunaan EM1:

Penyiraman Tanag : 10-20ml EM1 + 1 iter air, siram di pangkal pokok 1-2 minggu sekali.

Untuk Spray pada daun : 10-20ml EM1 + 1 liter air spray ringan pada daun, elak pada masa panas.

Fermentasi Kompos: 50-100ml EM1 + 1 liter air untuk 10kg bahan organik.

Tips:

Tak perlu banyak-banyak, sedikit pun sudah cukup untuk aktifkan mikrob dan tanah subur.

Simpan lebihan di tempat sejuk dan gelap. Goncang sebelum guna.

Cara buat EMA (Effective Microorganism Activated):

1. Ambil satu bahagian EM1 homemade.

2. Campur dengan 1 bahagian gula merah cair.

3. Tambah 20 bahagia air bersih tanpa klorin. (Cara nak hilangkan klorin biarkan air paip terdedah lebih 24 jam)

4. Simpan dalam botol atau tong dengan isian 2/3 bertujuan untuk memberi ruang kepada gas yang terhasil semasa proses.

5. Tutup longgar sahaja tong tersebut supaya gas boleh keluar. Peram selama 5-7 hari di tempat teduh.

6. Bila ada bau masam manis dan ada sedikit gas menandakan EMA sudah siap.

Cara Guna:

1. Ambil 10-20ml EMA dicampur dengan 1 liter air dan sembur pada daun.

2. Untuk siraman pada tanah : 50ml EMA dicampur dengan 10 liter air.

3. Untuk memeprcepatkan pereputan kompos, percik sedikit EMA 

Hasilnya:

  • Tanah lebih hidup
  • Pokok lebih sihat 
  • Buah lebih lebat
Tarikh Luput:
Selepas setahun berkemungkinan bakteria baik dalam EM telah mati atau lemah. Mungkin jadi kurang berkesan kalau digunakan pada tanaman. Jadi lebih baik buat baru supaya hasil fermentasi segar dan kuat.

Beza :
EM1 = induk (EM1 original boleh berthan 1-2 tahun. Tapi kalau sudah aktif (EMA) biasanya 3-6 bulan sahaja.
EM2  = Stok simpan
EM3 = Untuk kebun
EM4 = Fomulasi dah dikomersial

Sisa dapur yang sudah diperam lebih 2 tahun jadi enzim / kompos cair sahaja. Mikrob asal sudah lemah. Masih boleh diguna sebagai baja siraman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...