Memaparkan catatan dengan label petua tanaman hiasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petua tanaman hiasan. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2025

Baja Dari Dapur

 1. Air cucian ikan dan limau. Siram kat pokok. Tapi awas, semut gatal pula berminat.

2. Air basuhan beras simpan dalam baldi besar. Biarkan dalam seminggu dua. Kulit telur pula biarkan dijemur dalam 3 minggu atau hingga kering. Agar senang untuk dipecahkan sedia ramas-ramas atau masukkan ke dalam plastik kemudian pijak sampai jadi serbuk. Siram air beras kemudian tabur serbuk kulit telur. Buat seminggu dua atau tiga kali. Siram pada waktu pagi sebolehnya sebelum matahari meninggi. Dan lihatlah hasilnya pada tanaman anda.

3. Kulit telur dibasuh bersih, jemur sampai kering. Lepas tu tumbuk halus jadikan serbuk. Serbuk ini kaya dengan kalsium, bagus untuk kuatka batang dan kurangkan gugur bunga. Tabur disekeliling pokok.

4. Kulit pisang dipotong kecil-kecil, jemur kering atau diblend. Kulit pisang paya kalium dan fosforus, penting untuk pembentukan bunga dan buah. Tabur sekeliling pokok.

5. Campuran serbuk kulit telur dan kulit pisang membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebih banyak. Sesuai untuk cili, tomato, terung dan pokok buah lain.

6. Untuk jadikan baja air, guna kulit pisang, direndam 3-5 hari. Tapis dan siram pokok seminggu sekali.

7. Kulit telur + kulit pisang + serbuk kopi diblender dan campur air. Tapis dan siram pada pokok orkid. Orkid yang malas berbunga keluar bunga. Pokok cili pun berbuah lebat.

Jumaat, 12 Oktober 2012

POKOK AT-ATI


Pokok At-ati ni bagiku adalah sejenis pokok hiasan yang paling senang di tanam. Pokok ati-ati juga dikategorikan sebagai herba saka. Mempunyai batang yang lembut dan boleh mencapai ketinggian satu meter. Daunnya mempunyai pelbagai bentuk seperti bentuk hati, bergerigi dan dan berbelang hijau di tepi sementara dibahagian tengahnya berwarna merah dan corak yang menarik dengan pelabagai campuran warna seakan warna pelangi.  Sesuai dengan nama jolokannya 'pokok pelangi'.
Bunganya cantik bersaiz kecil berwarna unggu tumbuh dalam gugusan.

Medium Tanaman:
Medium yang sesuai ialah di mana air senang mengalir keluar. Campuran yang disyorkan ialah nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Tanah gambut atau baja kandang : Pasir sungai).

Pencahayaan:
Letak aje pokoknya di bawah cahaya matahari terik untuk mendapatkan corak dan warna daunnya yang terang dan menarik. Jika di tempat yang teduh, warna daun menjadi pudar dan tidak terdapat corak yang banyak dan menarik  daunnya.

Penyiraman:
Perlu banyak siraman air untuknya cepat membesar dan menegluarkan warna yang terang dan menarik. Siram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang pada hari panas kerana ia cepat layu jika medium kering. Siram apabila perlu sahaja pada hari siang.


Pembajaan:
Baja kandang dalam campuran medium hanya dapat membekalkan nutrien selama lebih kurang tiga bulan sahaja. Selepas itu anda perlu membaja semula dengan menggunakan baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang diproses atau baja cecair atau garam larutan yang boleh dicampurkan ke dalam siraman air. Berhati-hati jika menggunakan baja bijian kerana pokok ini akan melecur jika terkena daunnya.

Pembiakan :
1) Biji Benih F1
2) Keratan Batang
3) Lenturan ranting

Idea Pameran:
Cantik di tanam dalam pasu sebagai pokok spesimen. Ia juga sesuai di tanam di atas tanah sebagai pokok border atau sempadan. Ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu pokok di dalam gubahan taman hiasan.

Tips:
1) Rebahkan batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan banyak rating.
2) Potong pucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan merimbunkan pokok.
3) Potong bunganya bagi pertumbuhan yang lebih sihat dan cantik.

Buat masa ini terdapat hanya 10 jenis sahaja koleksi Pokok Ati-ati dalam simpananku. Harganya hanya RM2 sahaja satu 'cutting' yang dah berakar. Tetapi sekiranya satu polibag harganya RM6-RM8 satu. Harga untuk satu pasu yang dah siap bertanah saiz kecil RM15, saiz sederhana RM20 dan saiz besar RM35.
Berminat boleh datang sendiri ke tempat kami atau kalau online hanya cutting melebihi 5 ke atas + kos pos laju.
Berminat email ke: put3bulan@gmail.com


Isnin, 9 Julai 2012

Petua Tanaman Hiasan




Kegunaan Hampas Teh.
Pada lazimnya serbuk teh yang telah di gunakan akan di buang begitu sahaja. Sebenarnya serbuk teh yang telah di gunakan ini ada faedahnya bagi surirumah yang gemar menanam pokok-pokok hiasan.Di mana ia boleh di jadikan sebagai baja bagi pokok-pokok ini.Anda hanya perlu taburkan serbuk teh ini pada pangkal pokok untuk tempoh seminggu sekali.






Halau semut pada tanaman.
Semut adalah salah satu serangga perosak tanaman atau pokok bunga.Bagi mencegah serangan semut,cubalah anda taburkan serbuk kulit telur yang sudah di jemur dan di tumbuk halus di sekeliling perdu pokok,nescaya semut tidak akan menganggu lagi. InsyaAllah.













Bekalan air untuk pokok.
Bagi peminat pokok bunga pasti tidak mahu pokok bunganya akan mati sekiranya anda bercuti panjang.Tetapi janganlah anda risau kerana masalah menyiram air ini boleh di atasi dengan mudah.Anda bolehlah menggunakan bahan yang mudah menyerap air seperti kain,tali atau tali leher lama.Tanam satu hujung kedalam pasu manakala satu hujung lagi di rendamkan kedalam bekas yang berisi air.



Tanaman Dua bulan tanpa baja.
Jangan di baja pokok yang baru di buat pemasuan semula kerana campuran tanah baru mengandungi nutrien tanaman yang cukup untuk menyediakan makanan kepada tumbuhan selama dua bulan.Memberi baja terlalu awal boleh menyebabkan akar pokok tidak berkembang dalam tanah baru.


Menghapus jentik-jentik dari pasu.
Kiambang dan teratai yang di tanam dalam pasu mungkin menghadapi masalah pembiakan jentik-jentik dan terpaksa di taukar airnya setiap minggu.Bagi mengatasi masalah ini,campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi kedalam air,nescaya jentik-jentik akan mati.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...