Alasan utama adalah sibuk. Bunga di halaman terbiar. Tanpa siraman, tanpa baja dan tanpa belaian akhirnya ia hidup dalam kesempitan. Pembesaran terbantut. Daun kuning dan kusam. Berbintik dan di makan ulat. Menjadi rumah labah-labah. AKhirnya awal Ogos 2018 tergerak hati untuk menjenguk.
Terasa pilu pula melihat pasu orkid banyak yang berpaku-pakis, lumut menyelimuti akar orkid. Daun kurus dan banyak yang mati. Malahan orkid yang dilekatkan di kayu hanyut banyak yang mati.
Pasu bunga di bawah pula, keladi tinggal batang. Pasu yang terlindung dari cahaya matahari dan air hujan kering kontang.
Siput babi berkeliaran bersembunyi di celah dedaun yang terlindung cahaya. Sangat menyedihkan melihat koleksi bunga terbiar dan kecundang.
Semasa cuti hari minggu tergerak hati untuk bersantai membersihkan bekas pasu bunga. Mencabut rumput dan menyapu dedaun kering. Pokok yang mati digunting, di baja mana yang masih setia. Dibelai dan berbicara memohon maaf atas kecuaian.
|
Bunga Bakawali Putih |
Spesis bakawali yang paling lama dalam koleksiku. Semasa aku tinggal di Mentakab dan Temerloh pasu bunga ini aku usung ke mana sahaja bila aku pindah. Sekarang ni pokok ini sudah membiak di banyak tempat rumah saudara mara dan teman-teman yang minat bunga ni. Apa yang isteimewanya dengan bunga ini selain baunya yang wangi, bila ia berbunga menandakan keberuntungan pemiliknya. Bunga kembang tepat 12 malam dan akan kucup keesokan pagi. Masa bunga ini kembang ada yang sengaja bercerita konon ada pari-pari muncul. Aku pernah tidak tidur semata-mata nak lihat bunga ini mengembang dan mengucup sambil menghidu wanginya bunga bakawali.
|
Koleksi Orkid Hutan |
Kebanyakan orkid hutan yang ada dalam koleksi ini datang dari serata tempat. Ada yang aku beli dari pasar minggu dekat rumah. Ada yang aku jenguk dari serata nursery yang aku sempat singgah dan ada yang aku beli semasa menjelajah Thailand sampai ke penghujung Burma. Harga pelbagai mengikut tempat dan boleh dikategorikan dalam lingkungan harga menggetarkan poket peminat orkid. Kalau yang percuma adalah usaha aku dan keluarga masuk hutan memburu orkid. Masa ni memang banyak yang aku bawa balik. Satu hilux penuh dengan semak orkid.
|
Koleksi Orkid Hutan |
|
Bunga Raya Hawaii Kuning |
|
Orkid 1 |
|
Cattaleya |
|
Orkid |
Aku tak ingat dah nama asalnya. Orkid dalam famili Oncidium Spp.