Memaparkan catatan dengan label Kemaafan dari Nursery Bonda Iskina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemaafan dari Nursery Bonda Iskina. Papar semua catatan

Ahad, 20 Disember 2020

Koleksi Keladi Yang Hampir Pupus

Kita sering kali lupa sesuatu yang kita sayang diabaikan. Bila ianya telah hampir menghilang atau terus hilang dari pandangan barulah kita teraba-raba mencari. Menangis dan menyesali atas keterlanjuran membiarkan apa yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
AKu bukan bicara pasal orang atau insan. Tetapi ceritaku di sini hanya berkisar pasal tumbuhan dan bunga-bungaan.
Minat terhadap tumbuhan tu ada dalam diri. Tapi bila ianya tidak dibaja dan disirami seperti bunga di halaman maka sedikit demi sedikit ianya terhakis. Bila kehilangan barulah tersedar dan meraung. Berjanji untuk bangkit semula namun adalakalanya tetap terpinggir.
Petang yang redup selepas kawasan rumah di bersihkan dari sisa daun kering dan rumput juga telah dicabut dan di bakar, barulah perasan pasu-pasu yang terdampar.
Terselit rasa sakit di hati melihat bunga dan tanaman hiasan yang hampir musnah. Duit bukan sedikit dilaburkan tetapi bila tidak dihargai itulah hasilnya yang menjadi sampah.
Aku sempat snap beberapa keping gambar pasu bunga di halaman. Terkedu dan benar-benar terkedu melihat pokok bunga yang pernah menjadi kesayanganku kurus kering dan ada yang mati.
Sayu hati menatap pokok-pokok ini. Dulu jenuh mencari dan menjelajah nursery mencari benih . Hari ini aku seakan menyiksa tanamanku sendiri.
Keladi Belang

St Bernard Lily


Buluh Jepun
Pokok Buluh Jepun atau Dracaena Surculosa merupakan salah satu pokok hiasan yang popular untuk  ruang dalaman atau luaran rumah.  Pokok ini boleh hidup lama di tempat teduh, cukup tahan lasak dan tidak cerewet penjagaannya. Ia ditanam kerana mempamerkan daunnya yang bewarna hijau tua dengan sedikit corak yang malap, berbentuk menyerupai daun buluh.  
Ianya dikatakan berasal dari Serra Leone, Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 kaki jika tidak dipangkas.
Spesies : Dracaena surculosa
Famili : Agavaceae
Nama Tempatan : Buluh Jepun
Pokok yang matang biasanya mengeluarkan bunga bersaiz kecil bewarna keputihan dan seterusnya mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan masak bewarna oren.









































Ahad, 6 November 2016

Jalan-jalan Cari Orkid 6


Selepas banjir 2014 aku dan bonda terpaksa bermula sekali lagi untuk meneruskan cita-cita dan cinta kami terhadap bunga dan tumbuhan. Merata tempat dan nursery kami kunjungi untuk mencari ilham dan idea yang boleh kami terapkan untuk membina semula kebun sekangkang kera milik kami.
Nursery Bonda Iskina ... orkid hutan

Orkid Hutan dari sana..
Pada Julai 2016 yang lepas aku mengikuti rombongan yang lebih dikenali sebagai Jalan-jalan cari orkid  yang merupakan peminat fanatik orkid kecuali aku yang masih suam-suam kuku  minat orkid. Trip kami ke Thailand dan menjelajah Negara Gajah Putih itu selama seminggu semata-mata untuk orkid dan membuahkan hasilnya apabila melihat nursery dan kemajuan tanaman di negara tersebut. Ianya seakan memberi nafas baru dan membuka mata serta mindaku terhadap dunia orkid dan tanaman hiasan khususnya bunga-bungaan.
Hasil dari penjelajahan ke Negara Thailand selama seminggu.

Dong Singkhorn, Thailand kawasan pelancongan di kaki bukit sempadan dengan Burma, pusat jualan orkid spesis harga semurah 10 Baht Thailand dan banyak dijual secara longgok.
Jualan Orkid Longgok di Dongsongkhorn

Pemandu Pelancong Warga Thai yang sporting

Orkid yang  dijual longgok

Cuba teka berapa bhat?

Yang ini dijual kilo....???

Jumaat, 21 Mac 2014

Nursery Bonda Iskina Dalam Proses Pemulihan

Sudah lama tidak berbicara mengenai Nursery Bonda Iskina.
Semenjak kejadian banjir Disember 2013 banyak tanaman yang musnah dan yang tinggal pula hanya sedikit sahaja yang dapat diselamatkan. Sepanjang musim hujan air bertakung dan pokok-pokok juga rosak akar dan mati.
Sekarang ini kami masih lagi dalam proses untuk memulihkan dan menyusun semula pokok-pokok yang ada.
 Sebelum ini nursery kami dikenali dengan Nursery 1001 pokok hiasan, pokok buah dan herba. Kini kami perlu memulakan semula dari awal untuk kembali menyediakan tanaman dan tumbuhan yang anda cari.
 Kami akan segera maklumkan bila ianya sudah boleh dibuka semula.
 Proses-proses membina tempat teduhan juga mengambil masa disebabkan tiang asal telah reput dan runtuh tempoh hari.
 Kami juga dalam proses menyiram dan membaja serta membelai pokok agar ianya kembali subur dan menarik seperti dahulu.
 Kami juga memohon maaf kepada anda yang telah membuat pertanyaan dan pesanan secara online kerana kami tidak dapat menunaikannya buat masa ini.
 Selain itu juga kami menggalakan anda untuk memberitahu pokok hiasan atau herba yang anda inginkan untuk kami cuba cari dan penuhi koleksi anda itu. Anda boleh tinggalkan komen di bahagian bawah.
 Sekali lagi kemaafan di pohon kerana tidak dapat menjawab email anda sebelum ini.
Insya Allah bila kami dah bersedia, saya akan upload dan buka semula pembelian online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...