Memaparkan catatan dengan label Orkid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Orkid. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2025

Baja Dari Dapur

 1. Air cucian ikan dan limau. Siram kat pokok. Tapi awas, semut gatal pula berminat.

2. Air basuhan beras simpan dalam baldi besar. Biarkan dalam seminggu dua. Kulit telur pula biarkan dijemur dalam 3 minggu atau hingga kering. Agar senang untuk dipecahkan sedia ramas-ramas atau masukkan ke dalam plastik kemudian pijak sampai jadi serbuk. Siram air beras kemudian tabur serbuk kulit telur. Buat seminggu dua atau tiga kali. Siram pada waktu pagi sebolehnya sebelum matahari meninggi. Dan lihatlah hasilnya pada tanaman anda.

3. Kulit telur dibasuh bersih, jemur sampai kering. Lepas tu tumbuk halus jadikan serbuk. Serbuk ini kaya dengan kalsium, bagus untuk kuatka batang dan kurangkan gugur bunga. Tabur disekeliling pokok.

4. Kulit pisang dipotong kecil-kecil, jemur kering atau diblend. Kulit pisang paya kalium dan fosforus, penting untuk pembentukan bunga dan buah. Tabur sekeliling pokok.

5. Campuran serbuk kulit telur dan kulit pisang membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebih banyak. Sesuai untuk cili, tomato, terung dan pokok buah lain.

6. Untuk jadikan baja air, guna kulit pisang, direndam 3-5 hari. Tapis dan siram pokok seminggu sekali.

7. Kulit telur + kulit pisang + serbuk kopi diblender dan campur air. Tapis dan siram pada pokok orkid. Orkid yang malas berbunga keluar bunga. Pokok cili pun berbuah lebat.

Ahad, 6 November 2016

Jalan-jalan Cari Orkid 6


Selepas banjir 2014 aku dan bonda terpaksa bermula sekali lagi untuk meneruskan cita-cita dan cinta kami terhadap bunga dan tumbuhan. Merata tempat dan nursery kami kunjungi untuk mencari ilham dan idea yang boleh kami terapkan untuk membina semula kebun sekangkang kera milik kami.
Nursery Bonda Iskina ... orkid hutan

Orkid Hutan dari sana..
Pada Julai 2016 yang lepas aku mengikuti rombongan yang lebih dikenali sebagai Jalan-jalan cari orkid  yang merupakan peminat fanatik orkid kecuali aku yang masih suam-suam kuku  minat orkid. Trip kami ke Thailand dan menjelajah Negara Gajah Putih itu selama seminggu semata-mata untuk orkid dan membuahkan hasilnya apabila melihat nursery dan kemajuan tanaman di negara tersebut. Ianya seakan memberi nafas baru dan membuka mata serta mindaku terhadap dunia orkid dan tanaman hiasan khususnya bunga-bungaan.
Hasil dari penjelajahan ke Negara Thailand selama seminggu.

Dong Singkhorn, Thailand kawasan pelancongan di kaki bukit sempadan dengan Burma, pusat jualan orkid spesis harga semurah 10 Baht Thailand dan banyak dijual secara longgok.
Jualan Orkid Longgok di Dongsongkhorn

Pemandu Pelancong Warga Thai yang sporting

Orkid yang  dijual longgok

Cuba teka berapa bhat?

Yang ini dijual kilo....???

Isnin, 9 Julai 2012

Bungadi beli di Pesta Flora Kelantan 2012

Kesibukan kerja dan keterbatasan waktu menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa untuk ke Pesta Flora itu. Kebelakangan ini juga hujan yang turun setiap petang menyebabkan aku tidak dapat untuk berada di dalam jangkawaktu yang lama di luar rumah.
Bercerita pasal Pesta flora ini, aku teringin sangat untuk menghadirinya. Seorang teman sekerja telah menawarkan diri untuk membeli orkid untukku di Pesta itu. Kebetulan dia tinggal berdekatan tempat tersebut dan memang peminat orkid yang tegar juga.
Aku mengirim melaluinya duit dan terpulang kepadanya untuk memilih beberapa jenis orkid mengikut duit yang kuberikan itu.






Pagi tadi dapatlah aku 4 pasu orkid yang baru. Cantik beb.. Puas hati dengan pilihan temanku itu. Terima kasih untuk dia yang bijak memilih orkid itu.

Jumaat, 8 Jun 2012

Orkid Yang Belum Berbunga

Termenung memikirkan orkid kesayangan yang belum berbunga. Selepas rumah orkid rebah di timpa dahan dokong, orkid2 kesayangan mula merajuk. Bukan salah orkid tapi kelekaan dan kesibukan menyebabkan banyak pasu-pasu yang masih belum dikutip dari bawah jaring hitam yang menyelubungi pasu-pasu orkidku.









Namun ada juga yang masih setia berbunga dan menenangkan hati bila merenung mekarnya orkidku di taman Nurseri Bonda Iskina.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Cerita Bunga Orkid

Kebelakangan ini bunga orkid memang mula membuka mindaku tapi aku masih kabur dan samar-samar dalam penjagaannya. Atas usah dan pengalaman yang ku timba sepanjang 6 bulan berkenalan dengan orkid , aku mula menjejaki rentaknya. Tiga bulan pertama orkidku enggan berbunga. Selepas penat lelah membelek dan membelai orkid hari-hari akhirnya orkid milikku mula berbunga. Kebelakangan ini orkid dari pokok yang sama berterusan berbunga sepanjang  masa. Selain itu bunga orkid ini juga boleh bertahan tiga minggu sehingga tiga bulan lamanya. Puas hati sangat apabila melihat orkidku rajin berbunga. Buat masa ini juga aku tidak mengkhususkan minatku pada satu jenis orkid sahaja. Malahan apa jenis orkid jadi minatku asalkan bunga cantik dan menarik. Seni orkid belum lagi aku hayati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...