Ahad, 6 November 2016

Jalan-jalan Cari Orkid 6


Selepas banjir 2014 aku dan bonda terpaksa bermula sekali lagi untuk meneruskan cita-cita dan cinta kami terhadap bunga dan tumbuhan. Merata tempat dan nursery kami kunjungi untuk mencari ilham dan idea yang boleh kami terapkan untuk membina semula kebun sekangkang kera milik kami.
Nursery Bonda Iskina ... orkid hutan

Orkid Hutan dari sana..
Pada Julai 2016 yang lepas aku mengikuti rombongan yang lebih dikenali sebagai Jalan-jalan cari orkid  yang merupakan peminat fanatik orkid kecuali aku yang masih suam-suam kuku  minat orkid. Trip kami ke Thailand dan menjelajah Negara Gajah Putih itu selama seminggu semata-mata untuk orkid dan membuahkan hasilnya apabila melihat nursery dan kemajuan tanaman di negara tersebut. Ianya seakan memberi nafas baru dan membuka mata serta mindaku terhadap dunia orkid dan tanaman hiasan khususnya bunga-bungaan.
Hasil dari penjelajahan ke Negara Thailand selama seminggu.

Dong Singkhorn, Thailand kawasan pelancongan di kaki bukit sempadan dengan Burma, pusat jualan orkid spesis harga semurah 10 Baht Thailand dan banyak dijual secara longgok.
Jualan Orkid Longgok di Dongsongkhorn

Pemandu Pelancong Warga Thai yang sporting

Orkid yang  dijual longgok

Cuba teka berapa bhat?

Yang ini dijual kilo....???

Selasa, 7 Jun 2016

MAAF...! MAAF...! MAAF...!

Permohonana maaf ini saya dedikasikan kepada sesiapa sahaja yang telah menghubungi saya melalui email untuk membeli keratan ati-ati.
Sehingga ke saat ini Nursery kami tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Kebanyakan tanaman hanya boleh dibeli melalui 'Walk In' sahaja.
Pembeliaan melalui 'Online' atau post tidak dapat dilakukan kerana masalah yang tidak dapat di atasi.

Peristiwa banjir besar dari 22hb Disember 2014 sehingga 28hb Disember 2014 telah memusnahkan tanaman di nursery kami. Kebanyakan pokok yang ada pun masih dalam pemulihan. Kami tidak dapat menumpukan kepada nursery sepenuhnya kerana rumah kediaman kami juga runtuh dan musnah dalam bah besar itu. Pondok nursery juga dijadikan tempat tinggal sementara sehingga mendapat tempat perlindungan yang lebih baik.
Kebun sayur bonda
Alhamdulillah kini rumah mangsa banjir juga telah diterima dan diduduki.  Kami juga dalam proses menyusun dan memulihkan nursery kami. Dedikasi sebenarnya Nursery ini adalah untuk Bonda saya yang sangat minat dengan tanaman.
Sebelum ini Nursery Bonda memiliki 3 bangsal teduhan untuk tanaman. Kini hanya tinggal satu sahaja yang boleh digunakan. Kami juga dalam usaha membersihkan kawasan yang dijadikan nursery sebelum ini.
Untuk pengetahuan juga, nursery ini berdiri atas semangat jitu bonda.
Sehingga kesaat ini saya tidak pasti berapa jenis sahaja pokok tanaman yang ada kerana masih dalam penyusuanan.
Sekiranya ada yang berminat masih ada lagi beberapa jenis tanaman yang boleh dicari di sini seperti :
Pokok Durian Belanda
Pokok Limau Nipis,
Pokok Limau Kasturi
Pokok Petai
Pokok Herba (beberapa jenis)
Pokok hiasan dan bunga-bunga.
dan lain-lain.















Khamis, 22 Januari 2015

Nursery Bonda Iskina Telah Ditutup

Assalamualaikum,
DUkacita dimaklumkan bahawa Nursery kami telah ditutup dan tidak akan beroperasi lagi kerana mengalami masalah selepas ditenggelami banjir pada 22hb Disember - 31 Disember 2014 yang lepas. Kesemua anak benih dan pokok telah musnah.
Harap Maklum

Jumaat, 31 Oktober 2014

Makluman Penting

Saya ingin memohon kemaafan kepada semua yang telah menghantar email kepada saya untuk pembelian benih dan lain2. Buat masa ini nursery kami masih belum beroperasi dengan sepenuhnya dan tidak mengambil pesanan online sehingga penghujung tahun ini.
Kami memohon jutaan kemaafan di atas keadaan ini.
Sekiranya jualan online dimulakan saya akan beritahu segera di sini.
Harap Maklum.
Dan kemaafan dipinta sekali lagi.

Jumaat, 21 Mac 2014

Nursery Bonda Iskina Dalam Proses Pemulihan

Sudah lama tidak berbicara mengenai Nursery Bonda Iskina.
Semenjak kejadian banjir Disember 2013 banyak tanaman yang musnah dan yang tinggal pula hanya sedikit sahaja yang dapat diselamatkan. Sepanjang musim hujan air bertakung dan pokok-pokok juga rosak akar dan mati.
Sekarang ini kami masih lagi dalam proses untuk memulihkan dan menyusun semula pokok-pokok yang ada.
 Sebelum ini nursery kami dikenali dengan Nursery 1001 pokok hiasan, pokok buah dan herba. Kini kami perlu memulakan semula dari awal untuk kembali menyediakan tanaman dan tumbuhan yang anda cari.
 Kami akan segera maklumkan bila ianya sudah boleh dibuka semula.
 Proses-proses membina tempat teduhan juga mengambil masa disebabkan tiang asal telah reput dan runtuh tempoh hari.
 Kami juga dalam proses menyiram dan membaja serta membelai pokok agar ianya kembali subur dan menarik seperti dahulu.
 Kami juga memohon maaf kepada anda yang telah membuat pertanyaan dan pesanan secara online kerana kami tidak dapat menunaikannya buat masa ini.
 Selain itu juga kami menggalakan anda untuk memberitahu pokok hiasan atau herba yang anda inginkan untuk kami cuba cari dan penuhi koleksi anda itu. Anda boleh tinggalkan komen di bahagian bawah.
 Sekali lagi kemaafan di pohon kerana tidak dapat menjawab email anda sebelum ini.
Insya Allah bila kami dah bersedia, saya akan upload dan buka semula pembelian online.

Sabtu, 16 Februari 2013

Bunting Nursery Bonda Iskina

Akhirnnya siap juga bunting untuk Nursery Bonda Iskina. Itupun setelah tertangguh beberapa kali gara-gara designer yang terlalu sibuk sehingga tiada masa mereka cipta lakaran bunting.
Bila dah siap rekaan pertama, aku dah tak komplen sebab rekaannya memang top. Menarik.
Tetapi rupanya cerita bukan setakat itu sahaja apabila dah siap lakaran tu di simpan elok sangat dalam laptopnya. Dia tiada masa untuk ke Kedai Printing pula. Maka diambil masa lagi untuk 'bunting' nursery Bonda Iskina naik.
Beberapa bulan kemudian sidp juga akhirnya 'bunting' itu tetapi ia tidak Sama seperti yang ditempah. Apabila ditanya kenapa?.....
Jawapannya dia terlupa folder mana pula disimpan rekaan yang pertama dulu.
Nak buat macam manakan sebab 'kos printing adalah percuma terima ajela.
Oleh itu inilah hasilnya.
Apa pun terima kasih kepada Encik Malau Azam kerana menyiapkan 'bunting' untuk 'Nursery BONDA ISKINA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...