Jumaat, 18 Mei 2012

Agloenema Spesis

Aku suka pokok ini. Bagiku aku panggilnya pokok keladi sahaja. Tapi semenjak aku berhubungan dengan teman-teman facebook yang berminat dengan pokok-pokok ini barulah aku mula mempelajari namanya.
Di Nursery Bonda juga ada menjual beberapa jenis keladi ini. Harganya berpatutan dan boleh di runding untuk sesiapa yang mengunjungi nurseri kami.

Agloenema merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi (araceae) dan menjadi tumbuhan hiasan kegemaran kerana daunnya yang menarik dan ketahanannya hidup di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang terbatas.

Agloenema Pride Of Sumatera
RM20

Nama: Aglaonema Pride of Sumatera
Nama Saintifik: Aglaonema rotundum X A. commutatum ‘Tricolor’
Negara Asal: Indonesia

Penerangan:
Ini adalah “Chinese evergreen” dari Indonesia yang dijumpai oleh Mr. Gregori Hambali of Bogor, West Java (A. rotundum X A. commutatum ‘Tricolor’). Ia adalah sejenis kacukan yang baru. Daunnya yang berwarna merah di bahagian bawah dan hijau di bahagian atas dengan warna merah muda pada tulang daun dan urat daun. Batangnya yang berwarna kuning krim dan seakan-akan merah tua, dan berwarna krim pada daunya juga menampakkan warna merah jambu pada urat-urat daun.

Sabtu, 14 Januari 2012

Cerita Bunga di Musim Hujan

Tambah kapsyen
Aku kesian juga melihat bonda bertungkus lumus menjaga bunga-bunga yang kubeli dan letakkan di rumah bonda. Sekarang ini musim hujan. Banyak pokok bunga yang bonda jaga hampir mati dek di timpa air hujan yang tidak mengira waktunya.
Semalam aku berkesempatan menjengok nurseri bonda. Sedih sangat melihat pokok bunga orkid banyak yang nazak. Bunga-bunga orkid yang keluar banyak tidak menjadi. Kudup-kudup bunga orkid banyak rosak. Selain itu ada sekor spesis tupai suka memakan kudup bunga orkid dan bunga lain. Tupai ini agak kecil dari tupai biasa dan warnanya kemerah-merahan. Bonda memanggilnya 'Kerte'. Aku tak tau ejaan yang tepat atau sebutan yang lebih jelas. Aku ada juga cuba mengambil gambarnya tapi binatang ini laju sangat bawa diri. Akhirnya yang keluar di skrin Sony aku ialah gambar daun-daun dan ranting pokok dokong.
Pokok kaktus banyak yang mati dan boleh dikatakan hampir kesemua pupus.. terendam air hujan. Akar-akar membusuk dan reput  perlahan-lahan akhirnya terkulai layu di hujung nyawa.
Pokok bunga raya pula diserang oleh sejenis ulat gulung daun. Daun bunga raya rosak teruk. Racun tidak dapat disembur kerana hujan yang lebat akan menghilangkan keberkesanan racun itu. Hendak dialih ke tempat teduh tiada tempat yang sesuai. Lagipun pasu-pasu berat dan ada pokok yang sudah di tanam ke atas tanah. Kadang-kadang aku dan bonda berpayung cuba membuang dengan tangan daun-daun yang rosak dimakan ulat tapi serangan ulat banyak sangat hingga betul-betul tidak dapat ditangani. 
Aku dan bonda hanya berdoa dan berharap selepas musim tengkujuh ini berakhir barulah kami boleh membangunkan semula kebun bunga kesayangan kami itu. 

Rabu, 12 Oktober 2011

POKOK BERDAUN










Aku masih mencari nama pokok ini. Kini koleksi keladi milikku semakin bertambah. Semahal orkid begitu jugalah harga keladi yang aku mula berjinak2 ini. Dari harga semurah RM5 sepasu sehingga RM95.00 sepasu besar aku membawa balik ke rumah. Relaku biarkan kereta kecil kotor apabila pasu dipenuhi lumpur.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Cerita Bunga Orkid

Kebelakangan ini bunga orkid memang mula membuka mindaku tapi aku masih kabur dan samar-samar dalam penjagaannya. Atas usah dan pengalaman yang ku timba sepanjang 6 bulan berkenalan dengan orkid , aku mula menjejaki rentaknya. Tiga bulan pertama orkidku enggan berbunga. Selepas penat lelah membelek dan membelai orkid hari-hari akhirnya orkid milikku mula berbunga. Kebelakangan ini orkid dari pokok yang sama berterusan berbunga sepanjang  masa. Selain itu bunga orkid ini juga boleh bertahan tiga minggu sehingga tiga bulan lamanya. Puas hati sangat apabila melihat orkidku rajin berbunga. Buat masa ini juga aku tidak mengkhususkan minatku pada satu jenis orkid sahaja. Malahan apa jenis orkid jadi minatku asalkan bunga cantik dan menarik. Seni orkid belum lagi aku hayati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...