Selepas banjir 2014 aku dan bonda terpaksa bermula sekali lagi untuk meneruskan cita-cita dan cinta kami terhadap bunga dan tumbuhan. Merata tempat dan nursery kami kunjungi untuk mencari ilham dan idea yang boleh kami terapkan untuk membina semula kebun sekangkang kera milik kami.
 |
Nursery Bonda Iskina ... orkid hutan |
 |
Orkid Hutan dari sana.. |
Pada Julai 2016 yang lepas aku mengikuti rombongan yang lebih dikenali sebagai Jalan-jalan cari orkid yang merupakan peminat fanatik orkid kecuali aku yang masih suam-suam kuku minat orkid. Trip kami ke Thailand dan menjelajah Negara Gajah Putih itu selama seminggu semata-mata untuk orkid dan membuahkan hasilnya apabila melihat nursery dan kemajuan tanaman di negara tersebut. Ianya seakan memberi nafas baru dan membuka mata serta mindaku terhadap dunia orkid dan tanaman hiasan khususnya bunga-bungaan.
 |
Hasil dari penjelajahan ke Negara Thailand selama seminggu. |
 |
Dong
Singkhorn, Thailand kawasan pelancongan di kaki bukit sempadan dengan
Burma, pusat jualan orkid spesis harga semurah 10 Baht Thailand dan
banyak dijual secara longgok. | | |
 |
Jualan Orkid Longgok di Dongsongkhorn |
 |
Pemandu Pelancong Warga Thai yang sporting |
 |
Orkid yang dijual longgok |
 |
Cuba teka berapa bhat? |
 |
Yang ini dijual kilo....??? |