Takziah & Doa Untuk Penduduk Kg. Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan Yang ditimpa musibah banjir

Selasa, 11 Oktober 2011

POKOK BERDAUN










Aku masih mencari nama pokok ini. Kini koleksi keladi milikku semakin bertambah. Semahal orkid begitu jugalah harga keladi yang aku mula berjinak2 ini. Dari harga semurah RM5 sepasu sehingga RM95.00 sepasu besar aku membawa balik ke rumah. Relaku biarkan kereta kecil kotor apabila pasu dipenuhi lumpur.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Cerita Bunga Orkid

Kebelakangan ini bunga orkid memang mula membuka mindaku tapi aku masih kabur dan samar-samar dalam penjagaannya. Atas usah dan pengalaman yang ku timba sepanjang 6 bulan berkenalan dengan orkid , aku mula menjejaki rentaknya. Tiga bulan pertama orkidku enggan berbunga. Selepas penat lelah membelek dan membelai orkid hari-hari akhirnya orkid milikku mula berbunga. Kebelakangan ini orkid dari pokok yang sama berterusan berbunga sepanjang  masa. Selain itu bunga orkid ini juga boleh bertahan tiga minggu sehingga tiga bulan lamanya. Puas hati sangat apabila melihat orkidku rajin berbunga. Buat masa ini juga aku tidak mengkhususkan minatku pada satu jenis orkid sahaja. Malahan apa jenis orkid jadi minatku asalkan bunga cantik dan menarik. Seni orkid belum lagi aku hayati

Salam Perkenalan dari Laman Nursery Tyra Iskina

Kebelakangan ini minat menanam bunga mula bercambah semenjak penghujung 2010. Bersama bonda yang banyak membantu dan sama-sama berminat terhadap bunga maka terbentuklah satu sudut yang belum bernama. Bermula dari sepasu bunga yang diberi oleh teman akhirnya, sudut yang tak bernama itu kini mempunyai lebih 100 jenis pokok hiasan berbunga dan berdaun. Semenjak minat berkebun bunga mula bercambah ini aku dan bonda mula kerap mengunjungi nursery dan pantang nampak bunga cantik hati mula tidak boleh duduk diam. Kaki juga mula memijak brek kereta dan terkedek-kedek aku beriringan dengan bonda melilau membelek pokok bunga di nursery. Aku rela menghabiskan masa sampai 2 jam semata-mata menghayati bunga2 di nursery sebelum aku membeli bunga pilihan.Bonda juga tidak jemu-jemu memberi idea semasa memilih bunga idaman. Aku lebih suka pokok keladi yang pelbagai jenis dan warna. Bunga raya juga sering menjadi pilihanku untuk menjadi koleksiku. Selain itu juga aku berminat sangat dengan bunga kemboja yang pelbagai warna dan berbau wangi. Teringat cerita teman bahawa bunga kemboja ialah bunga di kuburan. Tetapi menurut salah seorang pemilik nursery yang aku temui di Melaka, bunga kemboja menjadi pilihan pembeli kaum Cina dan India. Kaum Melayu kurang beli pokok bunga kemboja. maklumlah banyak di temui di atas kuburan. Selain itu aku juga baru 6 bulan mula berjinak2 dengan bunga orkid..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...