Sabtu, 8 Oktober 2011

Salam Perkenalan dari Laman Nursery Tyra Iskina

Kebelakangan ini minat menanam bunga mula bercambah semenjak penghujung 2010. Bersama bonda yang banyak membantu dan sama-sama berminat terhadap bunga maka terbentuklah satu sudut yang belum bernama. Bermula dari sepasu bunga yang diberi oleh teman akhirnya, sudut yang tak bernama itu kini mempunyai lebih 100 jenis pokok hiasan berbunga dan berdaun. Semenjak minat berkebun bunga mula bercambah ini aku dan bonda mula kerap mengunjungi nursery dan pantang nampak bunga cantik hati mula tidak boleh duduk diam. Kaki juga mula memijak brek kereta dan terkedek-kedek aku beriringan dengan bonda melilau membelek pokok bunga di nursery. Aku rela menghabiskan masa sampai 2 jam semata-mata menghayati bunga2 di nursery sebelum aku membeli bunga pilihan.Bonda juga tidak jemu-jemu memberi idea semasa memilih bunga idaman. Aku lebih suka pokok keladi yang pelbagai jenis dan warna. Bunga raya juga sering menjadi pilihanku untuk menjadi koleksiku. Selain itu juga aku berminat sangat dengan bunga kemboja yang pelbagai warna dan berbau wangi. Teringat cerita teman bahawa bunga kemboja ialah bunga di kuburan. Tetapi menurut salah seorang pemilik nursery yang aku temui di Melaka, bunga kemboja menjadi pilihan pembeli kaum Cina dan India. Kaum Melayu kurang beli pokok bunga kemboja. maklumlah banyak di temui di atas kuburan. Selain itu aku juga baru 6 bulan mula berjinak2 dengan bunga orkid..







2 ulasan:

  1. Salam, bagaimana nak hubungi pihak anda? Sila hubungi saya di talian 019 673 5000

    BalasPadam
  2. Salam, bagaimana nak hubungi pihak anda? Sila hubungi saya di talian 019 673 5000

    BalasPadam

Apa pendapat anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...