Takziah & Doa Untuk Penduduk Kg. Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan Yang ditimpa musibah banjir

Jumaat, 13 Januari 2012

Cerita Bunga di Musim Hujan

Tambah kapsyen
Aku kesian juga melihat bonda bertungkus lumus menjaga bunga-bunga yang kubeli dan letakkan di rumah bonda. Sekarang ini musim hujan. Banyak pokok bunga yang bonda jaga hampir mati dek di timpa air hujan yang tidak mengira waktunya.
Semalam aku berkesempatan menjengok nurseri bonda. Sedih sangat melihat pokok bunga orkid banyak yang nazak. Bunga-bunga orkid yang keluar banyak tidak menjadi. Kudup-kudup bunga orkid banyak rosak. Selain itu ada sekor spesis tupai suka memakan kudup bunga orkid dan bunga lain. Tupai ini agak kecil dari tupai biasa dan warnanya kemerah-merahan. Bonda memanggilnya 'Kerte'. Aku tak tau ejaan yang tepat atau sebutan yang lebih jelas. Aku ada juga cuba mengambil gambarnya tapi binatang ini laju sangat bawa diri. Akhirnya yang keluar di skrin Sony aku ialah gambar daun-daun dan ranting pokok dokong.
Pokok kaktus banyak yang mati dan boleh dikatakan hampir kesemua pupus.. terendam air hujan. Akar-akar membusuk dan reput  perlahan-lahan akhirnya terkulai layu di hujung nyawa.
Pokok bunga raya pula diserang oleh sejenis ulat gulung daun. Daun bunga raya rosak teruk. Racun tidak dapat disembur kerana hujan yang lebat akan menghilangkan keberkesanan racun itu. Hendak dialih ke tempat teduh tiada tempat yang sesuai. Lagipun pasu-pasu berat dan ada pokok yang sudah di tanam ke atas tanah. Kadang-kadang aku dan bonda berpayung cuba membuang dengan tangan daun-daun yang rosak dimakan ulat tapi serangan ulat banyak sangat hingga betul-betul tidak dapat ditangani. 
Aku dan bonda hanya berdoa dan berharap selepas musim tengkujuh ini berakhir barulah kami boleh membangunkan semula kebun bunga kesayangan kami itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...