Sabtu, 4 Oktober 2025

Baja Dari Dapur

 1. Air cucian ikan dan limau. Siram kat pokok. Tapi awas, semut gatal pula berminat.

2. Air basuhan beras simpan dalam baldi besar. Biarkan dalam seminggu dua. Kulit telur pula biarkan dijemur dalam 3 minggu atau hingga kering. Agar senang untuk dipecahkan sedia ramas-ramas atau masukkan ke dalam plastik kemudian pijak sampai jadi serbuk. Siram air beras kemudian tabur serbuk kulit telur. Buat seminggu dua atau tiga kali. Siram pada waktu pagi sebolehnya sebelum matahari meninggi. Dan lihatlah hasilnya pada tanaman anda.

3. Kulit telur dibasuh bersih, jemur sampai kering. Lepas tu tumbuk halus jadikan serbuk. Serbuk ini kaya dengan kalsium, bagus untuk kuatka batang dan kurangkan gugur bunga. Tabur disekeliling pokok.

4. Kulit pisang dipotong kecil-kecil, jemur kering atau diblend. Kulit pisang paya kalium dan fosforus, penting untuk pembentukan bunga dan buah. Tabur sekeliling pokok.

5. Campuran serbuk kulit telur dan kulit pisang membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebih banyak. Sesuai untuk cili, tomato, terung dan pokok buah lain.

6. Untuk jadikan baja air, guna kulit pisang, direndam 3-5 hari. Tapis dan siram pokok seminggu sekali.

7. Kulit telur + kulit pisang + serbuk kopi diblender dan campur air. Tapis dan siram pada pokok orkid. Orkid yang malas berbunga keluar bunga. Pokok cili pun berbuah lebat.

Selasa, 3 September 2024

Perangkap Lalat atau Serangga Perosak di pokok

 1. Guna botol plastik yang diisi campuran cuka + gula + sedikit sabun cecair pencuci pinggna. Gantung di kebun atau pokok. Jadi lalat buah akan tertarik dengan bau masam manis gula dan cuka. Bila ia masuk ke dalam botol dan akan lemas.

2. Untuk matikan kutu halus pada pokok boleh siramkan air bancuhan baking powder pada daun atau bahagian yang kena serangan itu. 

3. Kalau siput bertelur dalam tanah tanaman kita, guna umpan air beras campur gula dan kulit buah. Bau dari campuran ini akan menarik siput datang dengan sendiri. Tapi esoknya kena kutip sendiri siput tersebut. 

4. Halau siput dengan cara tabur abu kayu / kapur nipis sekeliling pokok. Siput memang tak suka tempat macam tu. 

5. Kalau daun banyak semut atau serangga perosak, tumbuk cili padi campur dengan air basuhan beras, spray pada dedaun tanaman, setiap pagi dan petang

Sabtu, 10 Jun 2023

Petua: Baja Kulit Telur

 


Setiap hari kita masak telur, kulitnya pasti kita buang ke dalam tong sampah. Tahukah anda kulit telur boleh dijadikan baja untuk tanaman kita.

Antara kelebihan baja kulit telur adalah :

  1. Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
  2. Kalsium penting untuk membina 'tulang' yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
  3. Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
  4. Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.
Ikutilah langkah-langkah cara membuat baja di bawah :

1. Simpan Kulit Telur 
Selepas kita gunakan telur, kumpulkan kulit telur dalam satu bekas/ tempat.

2. Ramas dan Hancurkan  

Kita ramaskan-ramaskan kulit telur sehingga hancur.

3. Sangai

Selepas di ramas-ramas, masukan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan. Goreng sangai tanpa minyak.

4. Kisar
Selepas digoreng, kisar sehingga halus. 
Sekiranya ada yang kata nanti blender berbau lepas kisar kulit telur boleh guna petua kisar beras sehingga halus, lepas tu bilas dengan air suam. Insya-Allah akan hilang bau hanyir tu. 
Kisar kulit telur dalam blender juga sebenarnya membantu menajamkan lagi mata blender tu.

5. Tabur dan Gembur

Taburkan pada pokok. Selepas ditaburkan serbuk kulit telur, gemburkan tanah. 

Kemudian siramkan dengan air pokok tersebut.

6. Kulit telur dan Cuka

Kulit telur jemur kering dan dihancurkan jadi serbuk. Ambil satu sudu masukkan dalam bekas dan campurkan 10ml cuka makan dan biarkan ia berbuih. Bila dah hilang buih baru ambil air bncuhan tersebut.

Kulit telur yang dicampur dengan cuka, akan berbuih sebab kalsium sedang larut. Hasilnya terbentuk larutan kalsium organik yang boleh :

i- Mengelak buah busuk hujung (contoh cili dan tomato)

ii- Kuatkan batang & daun supaya pokok lebih sihat.

Cara-caranya:

Ambil 10-20ml larutan tadi, campur dengan 1 liter air.

Sembur pada daun atau siram pangkal pokok seminggu sekali. 

7. Kulit telur, Kulit bawang  putih/merah dan air cucian beras

Rendam semua bahan ini sekejap atau lebih sejam dan ambil airnya untuk siram ke tanaman. Hasilnya tanaman akan segar meriah. Selain itu bekas yang kita guna untuk garam kunyit ikan atau ayam tu boleh dibilas airnya dan simpan. Air tu dicampur ke dalam air beras. Jirus ke tanaman.

Itu sahaja caranya. Senang ajekan.

Lepas ni sekiranya memasak kat dapur tu guna telur, kulitnya simpanlah untuk dijadikan baja.

Manafaatkanlah pada tanaman dan tengoklah hasilnya nanti. 


Jumaat, 5 November 2021

Cara Buat EM1 di rumah

 Buat sendiri EM1 di rumah.

EM1 homemade - Jimat dan berkesan. Rasai sendiri tanah lebih subur, pokok lebih segar, hasil lebih lebat.

Air cucian beras + susu segar  (nisbah 1:10) = EM (Lactobacillus)

Tambah gula merah = EM1 homemade

dari EM1 digandakan = EMA

Cara buat EM1:

Campur 1 bahagian air cucian beras (diperam 3-5 hari) + 10 bahagian susu segar.

Peram selama 14 hari sehingga curd terbentuk. (Curd adalah susu basi)

Tapis curd, tambah gula merah 1:1 maka siaplah EM1.

Cara Penggunaan EM1:

Penyiraman Tanag : 10-20ml EM1 + 1 iter air, siram di pangkal pokok 1-2 minggu sekali.

Untuk Spray pada daun : 10-20ml EM1 + 1 liter air spray ringan pada daun, elak pada masa panas.

Fermentasi Kompos: 50-100ml EM1 + 1 liter air untuk 10kg bahan organik.

Tips:

Tak perlu banyak-banyak, sedikit pun sudah cukup untuk aktifkan mikrob dan tanah subur.

Simpan lebihan di tempat sejuk dan gelap. Goncang sebelum guna.

Cara buat EMA (Effective Microorganism Activated):

1. Ambil satu bahagian EM1 homemade.

2. Campur dengan 1 bahagian gula merah cair.

3. Tambah 20 bahagia air bersih tanpa klorin. (Cara nak hilangkan klorin biarkan air paip terdedah lebih 24 jam)

4. Simpan dalam botol atau tong dengan isian 2/3 bertujuan untuk memberi ruang kepada gas yang terhasil semasa proses.

5. Tutup longgar sahaja tong tersebut supaya gas boleh keluar. Peram selama 5-7 hari di tempat teduh.

6. Bila ada bau masam manis dan ada sedikit gas menandakan EMA sudah siap.

Cara Guna:

1. Ambil 10-20ml EMA dicampur dengan 1 liter air dan sembur pada daun.

2. Untuk siraman pada tanah : 50ml EMA dicampur dengan 10 liter air.

3. Untuk memeprcepatkan pereputan kompos, percik sedikit EMA 

Hasilnya:

  • Tanah lebih hidup
  • Pokok lebih sihat 
  • Buah lebih lebat
Tarikh Luput:
Selepas setahun berkemungkinan bakteria baik dalam EM telah mati atau lemah. Mungkin jadi kurang berkesan kalau digunakan pada tanaman. Jadi lebih baik buat baru supaya hasil fermentasi segar dan kuat.

Beza :
EM1 = induk (EM1 original boleh berthan 1-2 tahun. Tapi kalau sudah aktif (EMA) biasanya 3-6 bulan sahaja.
EM2  = Stok simpan
EM3 = Untuk kebun
EM4 = Fomulasi dah dikomersial

Sisa dapur yang sudah diperam lebih 2 tahun jadi enzim / kompos cair sahaja. Mikrob asal sudah lemah. Masih boleh diguna sebagai baja siraman.

Isnin, 26 April 2021

Masalah Tanaman : Blossom-end Rot

Blossom-end rot

Ialah satu istilah pertanian yang digunakan untuk menunjukkan buah yang mengalami kerosakan pada bahagian hujungnya dan masih elok pada pangkalnya walaupun ianya telah matang atau masak. Keadaan ini disebabkan oleh masalah kekurangan kalsium dalam tanah. Namun ianya terkait juga dengan masalah penyiraman yang tidak menentu. Apabila pokok dibiarkan menjadi terlalu kering dalam jangkamasa tertentu atau dibiarkan lembab terlalu banyak air dalam tempoh tertentu, kemampuannya itu menyerap kalsium dari tanah akan berkurangan. Walaupun kita akan nampak pokok itu sihat tetapi buah yang terhasil adalah rosak pada penghujungnya dan tidak boleh di makan lagi.

Keadaan blossom-end rot juga mungkin disebabkan oleh pembajaan yang berlebihan. Terlalu banyak nitrogen di dalam tanag boleh menyebabkan penghasilan buah bertambah cepat shingga ia tidak dapat menyerap kalsium dengan cukup cepat, mengakibatkan berlakunya pembusukan akhir bunga.
Sekiranya tanah rendah kalsium yang dikesan melalui pengujian tanah, cara penyelesaian yang paling mudah adalah menambah kapur tanah beberapa kali dalam setahun bergantung kepada keputusan ujian tanah.

Rawatan yang biasa dilakukan tetapi salah sebenarnya ialah menyembur larutan kalsium pada daun, batang dan buah. Kaedah ini sebenarnya tidak berguna kerana ianya tidak dapat menyerap kalsium dengan sepenuhnya dengan cara ini. Sekiranya kekurangan kalsium menjadi punca masalah, maka perubahan tanah dengan diet limau atau tulang adalah jalan penyelesaiannya.

Sekiranya masalah kelembapan menjadi punca masalah petani perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini :

Berhati-hati dengan penyiraman. Sekiranya berlaku keburukan pada bunga terkahir, tanah hendaklah dipastikan tidak dibiarkan kering. Oleh itu tanah hendaklah dijaga agar kelembapan yang konsisten dan baik.

Mulch (Sungkupan)

Sungkupan yang dilakukan dapat membantu mengekalkan tahap kelembapan tanah yang mencukupi terutama pada musim kering. Elak sungkupan pada musim hujan kerana ianya akan menyebabkan tanah menjadi sejuk lebih lama dari yang sepatutnya.
Tanah yang dibekalkan dengan baja organik atau kompos akan mengekalkan kelembapan dengan lebih baik dan membekalkan banyak pemakanan termasuk kalsium kepada tumbuhan kita.

Ahad, 20 Disember 2020

Koleksi Keladi Yang Hampir Pupus

Kita sering kali lupa sesuatu yang kita sayang diabaikan. Bila ianya telah hampir menghilang atau terus hilang dari pandangan barulah kita teraba-raba mencari. Menangis dan menyesali atas keterlanjuran membiarkan apa yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
AKu bukan bicara pasal orang atau insan. Tetapi ceritaku di sini hanya berkisar pasal tumbuhan dan bunga-bungaan.
Minat terhadap tumbuhan tu ada dalam diri. Tapi bila ianya tidak dibaja dan disirami seperti bunga di halaman maka sedikit demi sedikit ianya terhakis. Bila kehilangan barulah tersedar dan meraung. Berjanji untuk bangkit semula namun adalakalanya tetap terpinggir.
Petang yang redup selepas kawasan rumah di bersihkan dari sisa daun kering dan rumput juga telah dicabut dan di bakar, barulah perasan pasu-pasu yang terdampar.
Terselit rasa sakit di hati melihat bunga dan tanaman hiasan yang hampir musnah. Duit bukan sedikit dilaburkan tetapi bila tidak dihargai itulah hasilnya yang menjadi sampah.
Aku sempat snap beberapa keping gambar pasu bunga di halaman. Terkedu dan benar-benar terkedu melihat pokok bunga yang pernah menjadi kesayanganku kurus kering dan ada yang mati.
Sayu hati menatap pokok-pokok ini. Dulu jenuh mencari dan menjelajah nursery mencari benih . Hari ini aku seakan menyiksa tanamanku sendiri.
Keladi Belang

St Bernard Lily


Buluh Jepun
Pokok Buluh Jepun atau Dracaena Surculosa merupakan salah satu pokok hiasan yang popular untuk  ruang dalaman atau luaran rumah.  Pokok ini boleh hidup lama di tempat teduh, cukup tahan lasak dan tidak cerewet penjagaannya. Ia ditanam kerana mempamerkan daunnya yang bewarna hijau tua dengan sedikit corak yang malap, berbentuk menyerupai daun buluh.  
Ianya dikatakan berasal dari Serra Leone, Afrika. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 kaki jika tidak dipangkas.
Spesies : Dracaena surculosa
Famili : Agavaceae
Nama Tempatan : Buluh Jepun
Pokok yang matang biasanya mengeluarkan bunga bersaiz kecil bewarna keputihan dan seterusnya mengeluarkan buah bewarna hijau ketika muda dan masak bewarna oren.









































Rabu, 12 September 2018

Cuci Mata Di Laman Bonda Tyra Iskina

Alasan utama adalah sibuk. Bunga di halaman terbiar. Tanpa siraman, tanpa baja dan tanpa belaian akhirnya ia hidup dalam kesempitan. Pembesaran terbantut. Daun kuning dan kusam. Berbintik dan di makan ulat. Menjadi rumah labah-labah. AKhirnya awal Ogos 2018 tergerak hati untuk menjenguk.
Terasa pilu pula melihat pasu orkid banyak yang berpaku-pakis, lumut menyelimuti akar orkid. Daun kurus dan banyak yang mati. Malahan orkid yang dilekatkan di kayu hanyut banyak yang mati.
Pasu bunga di bawah pula, keladi tinggal batang. Pasu yang terlindung dari cahaya matahari dan air hujan kering kontang.
Siput babi berkeliaran bersembunyi di celah dedaun yang terlindung cahaya. Sangat menyedihkan melihat koleksi bunga terbiar dan kecundang.
Semasa cuti hari minggu tergerak hati untuk bersantai membersihkan bekas pasu bunga. Mencabut rumput dan menyapu dedaun kering. Pokok yang mati digunting, di baja mana yang masih setia. Dibelai dan berbicara memohon maaf atas kecuaian.
Bunga Bakawali Putih
 Spesis bakawali yang paling lama dalam koleksiku. Semasa aku tinggal di Mentakab dan Temerloh pasu bunga ini aku usung ke mana sahaja bila aku pindah. Sekarang ni pokok ini sudah membiak di banyak tempat rumah saudara mara dan teman-teman yang minat bunga ni. Apa yang isteimewanya dengan bunga ini selain baunya yang wangi, bila ia berbunga menandakan keberuntungan pemiliknya. Bunga kembang tepat 12 malam dan akan kucup keesokan pagi. Masa bunga ini kembang ada yang sengaja bercerita konon ada pari-pari muncul. Aku pernah tidak tidur semata-mata nak lihat bunga ini mengembang dan mengucup sambil menghidu wanginya bunga bakawali.
Koleksi Orkid Hutan
 Kebanyakan orkid hutan yang ada dalam koleksi ini datang dari serata tempat. Ada yang aku beli dari pasar minggu dekat rumah. Ada yang aku jenguk dari serata nursery yang aku sempat singgah dan ada yang aku beli semasa menjelajah Thailand sampai ke penghujung Burma.  Harga pelbagai mengikut tempat dan boleh dikategorikan dalam lingkungan harga menggetarkan poket peminat orkid. Kalau yang percuma adalah usaha aku dan keluarga masuk hutan memburu orkid. Masa ni memang banyak yang aku bawa balik. Satu hilux penuh dengan semak orkid.
Koleksi Orkid Hutan

Bunga Raya Hawaii Kuning

Orkid 1

Cattaleya

Orkid
Aku tak ingat dah nama asalnya. Orkid dalam famili Oncidium Spp. 
Sangat rajin berbunga dan tidak pernah putus berbunga saban bulan. Boleh dikatakan sentiasa ada bunganya.

Orkid Hutan Jerantut
 Belum pernah berbunga. Tidak pasti bagaimana bunganya. Di ambil semasa mandi di Lata Embun Hutan Sungai Rengat, Ulu Cheka, Jerantut. Tumbuh di atas tanah lembab yang berlumut di pinggir air terjun. Tetapi dari 2015 dalam jagaan belum pernah berbunga. Tidak pasti bagaimana bentuk bunganya. Kalau tengok daun dan ubi seperti Orkid Coelogyne rochussenii salah satu orkid liar yang berbau seperti madu.

Dibeli dari Dongsingkhorn Sempadan Myanmar Thailand. 2016

Dendrobium

Dendrobium Peach... dari Pesta Pertanian Songkhla 2017

Orkid dibeli tahun 2016. Rajin berbunga sekurangnya 3 kali setahun
Vanda yang paling rajin berbunga . Lebih dari 10 kali berbunga semenjak dalam simpanan dari tahun 2015. Dibeli dari Pasar Borong Kuala Krai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...